Hari Kantin berjaya dilaksanakan

Wednesday, August 5, 2009

Alhamdulillah...........Semuanya dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.

Tahniah diucapkan kepada semua guru, staf dan ibubapa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan Hari Kantin yang lalu.

Di atas kerjasama yang diberikan maka program Hari Kantin kali ini berjaya mendapat sambutan yang hangat daripada murid-murid dan ibubapa.

Hari Kantin SKSSJ

Thursday, July 16, 2009


AHLAN WASAHLAN......SELAMAT DATANG



Sk Sri Subang Jaya akan mengadakan Hari Kantin pada:


1 OGOS 2009

9 pagi - 3 petang

Bertempat di Perkarangan Sekolah SKSSJ




Kami mengalu-alukan kedatangan anda bagi menceriakan lagi program sekolah kali ini.


lagi foto SKSSJ - klik disini

Dapatkan Kupon Sekarang

Sila dapatkan kupon sekarang daripada guru kelas.

Pastikan anda membeli kupon yang secukupnya untuk berbelanja pada hari tersebut kerana banyak gerai makanan dan minuman yang begitu menyelerakan menanti anda. Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti dan permainan yang menyeronokkan anak-anak anda.



Aktiviti-aktiviti Menarik

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan:

  1. Jualan makanan
  2. Jualan minuman
  3. "Jumble Sale"
  4. Permainan
  5. Permintaan lagu
  6. Perkhidmatan seperti pemeriksaan kesihatan


Aktiviti Permainan yang dinanti-nantikan:

RUMAH SERIAU

PAINT BALL

HORSE RIDE

DART

SAND ART

INAI


Berita Baik: Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma oleh SDMC

Wednesday, July 15, 2009

CINTAI DIRI ANDA DENGAN MELAKUKAN PEMERIKSAAN PERCUMA OLEH SIME DARBY MEDICAL CENTRE, SUBANG JAYA

Pada Hari Kantin itu nanti pihak Sime Darby Healthcare akan mengadakan pemeriksaan secara percuma kepada anda semua. Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke Hari Kantin disamping anda mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dari pihak SDMC secara percuma.

Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti:

9.00 am - 12.00 pm
  1. Pemeriksaan Asas (Basic Screening: Weight, Heigth, Check for head lice ) - For School Children
  2. Khidmat Nasihat (Consultation) - For school Children
  3. Pemeriksaan Tekanan Darah (Blood Pressure Check) - For Parents

9.30 am - 10.30 am
  1. Ceramah Kesihatan (Health Talk on "Diet & Weight Management") - For Parents & School Children



UTAMAKAN KESIHATAN

PASTIKAN ANDA SEKELUARGA MENDAPAT PEMERIKSAAN PERCUMA YANG DISEDIAKAN OLEH PIHAK SDMC